:: Tutup [x] ::
SOALAN LAZIM (FAQ) PENGGUNAAN MyID

1. Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
  MyID boleh diperolehi setelah membuat pendaftaran akaun baharu di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).
   
2. Saya telah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
  Pendaftaran SPA8i telah ditambahbaik dengan kod keselamatan nama ibu dan tempat lahir. Tiada lagi penghantaran emel untuk pengaktifan akaun dan kata laluan, emel hanya digunakan sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.
   
3. Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?
  RRujuk jawapan no. 2.
   
4. Bagaimana untuk menukar alamat e-mel yang tersilap semasa mendaftar akaun baru?
  Sekiranya anda telah berjaya Log Masuk MyID, anda boleh mengemaskini sendiri maklumat emel tersebut.
   
5. Kenapa bila saya daftar baru keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud'?
  Pendaftaran akaun MyID hanya dibenarkan sekali sahaja dan jika terlupa kata laluan anda boleh klik pada pautan LUPA KATA LALUAN.
   
6. Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?
  Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan.
   
7. Bagaimana hendak mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
  Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda diminta memasukkan nama ibu dan negeri lahir anda. Kemudian masukkan kata laluan baru (8 aksara), sahkan kata laluan dan klik RESET KATA LALUAN. Anda perlu mengingati nama ibu (first name tanpa last name ATAU full name dengan last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa DAFTAR AKAUN BARU.
   
8. Saya telah membuat pendaftaran MyID dan telah tersalah memasukkan no. kad pengenalan. Selepas permohonan dihantar saya dapati no. kad pengenalan yang saya masukkan salah. Apakah yang harus saya lakukan?
  Sekiranya anda tersilap memasukkan no. kad pengenalan semasa mendaftar MyID, sila e-melkan no. kad pengenalan yang salah dan betul beserta maklumat pendaftaran anda ke shafarina@spa.gov.my dan hanim@spa.gov.my untuk semakan.
   
9. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah mengisi borang daftar akaun baru tetapi malangnya saya telah terpadam e-mel SPA dan secara tidak langsung saya tidak dapat mengaktifkan akaun SPA. Jadi bagaimana untuk saya mengaktifkan semula akaun tersebut? Minta pandangan dari pihak tuan?
  Rujuk jawapan no. 2
   
10. Saya menghadapi masalah apabila klik pautan untuk mengaktifkan akaun yang baru saya daftar. Apabila klik pautan tersebut, masalah pop-up blocker berlaku. Bagaimana hendak mengatasi masalah pop-up blocker itu?
 

i.Internet Explorer, sila klik Tools > Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.

ii.Mozilla, sila klik Tools > Options Pilih (un-tick) Block pop-up windows > klik OK

iii.Google toolbar atau yahoo toolbar, sila klik always allow pop-ups from...
   
11. Kalau saya mendaftar di JobsMalaysia adakah permohonan saya diterima?
  Permohonan di JobsMalaysia tidak diproses selepas Julai 2013 dan anda perlu mendaftar akaun MyID di SPA.

   
12. Jika saya membuat permohonan baru, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
  Jika anda membuat permohonan baru, permohonan yang terdahulu akan terbatal. Namun begitu, jika ada sebarang urusan yang melibatkan jawatan-jawatan yang anda pohon pada permohonan terdahulu yang sedang diproses, urusan tersebut akan tetap dijalankan.
   
13. Adakah permohonan saya sebelum menggunakan MyID masih sah?
  Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran dahulu setahun. Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengisi semula dan menghantar pengakuan sekali lagi. Untuk makluman tempoh sah laku permohonan lima (5) tahun adalah mulai Januari 2013 dengan permohonan jawatan tanpa had daripada tarikh anda mendaftar permohonan tersebut.
   
14. Kenapa matrikulasi tidak diiktiraf sebagai Diploma?
  Matrikulasi merupakan syarat kemasukan untuk mengikuti kursus Diploma atau Ijazah ke institusi pengajian tinggi dan masih belum diiktiraf Kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam.
   
15. Kenapa mesej minta saya masukkan maklumat Diploma sedangkan saya ada Ijazah sahaja?
  Anda boleh menghapuskan maklumat akademik Diploma dengan klik ikon 'tolak' di sebelah kanan dan klik Simpan.
   
16. Sekiranya saya mendapati telah tersilap memasukkan maklumat beberapa hari selepas saya menghantar permohonan, bolehkah saya mengubah maklumat yang tersilap tadi?
  Anda boleh mengemaskini maklumat yang sedia ada pada bila-bila masa dan setiap kali perubahan dilakukan anda perlu klik butang hantar untuk memastikan maklumat anda di kemaskini.
   
17. Apa yang dimaksudkan 'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA'
  Ianya bermaksud anda tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan tersebut sama ada bidang pengkhususan/kelayakan/cgpa/gred mata pelajaran. Syarat yang ditetapkan berubah-berubah mengikut keperluan Kementerian/Jabatan yang memerlukan pengisian.
   
18. Apa yang dimaksudkan 'TIADA URUSAN PENGAMBILAN MULAI TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN'?
  Ianya bermaksud tiada urusan pengambilan jawatan berkenaan mengikut tarikh pendaftaran anda. Sekiranya urusan pengambilan jawatan berkenaan dipaparkan di semakan online bermakna urusan tersebut telah dibuat sebelum anda membuat pendaftaran di SPA.
   
19. Bagaimana saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?
  Anda boleh melanjutkan tempoh permohonan melalui MyID di Semakan Status Permohonan.
   
 
:: Tutup [x] ::